February 6, 2017

Ketamakan itu tidak berperisa

Sedang dia menatap awan yang bergegas meninggalkan langit senja, 
dia dipanah satu perasaan, 
perasaan yang tidak dialu-alukan. 

Dia tak mahu siang menjadi malam. 
Dia mahu langit terang sentiasa. 
Dia tak mahu melihat bintang. 
Dia mahu langit terang sentiasa. 

Dia terpesona dengan warna-warna langit yang ceria 
yang sepertinya akan membalut retak dan parut di jantungnya. 

Tapi awan semakin galak berkumpul mengadakan perbincangan. 
Dan dia tak punya kipas gergasi yang mampu mengusir awan-awan yang berhati hitam. 
Dan sekarang, seluruh tubuhnya basah dibanjiri air langit yang tidak tahu bila akan berhenti. 
Dalam kepalanya berlegar suara yang mengatakan 
ia mungkin takkan pernah berhenti. 
Parah.