January 20, 2012

Jalan Terus

malam ini aku dan cik julie berkongsi rasa
menatap harapan yang mungkin mungkin tertinggal balik rumput hijau
semasa perjalanan menaiki awan

Hentian Akhir

ini harapan melangit
tapi
karma,
semoga bertemu isyarat merah.

January 15, 2012

Unicorn

Raily berjalan dalam hutan seorang diri. Entah berbuat apa tak tahu. tiba-tiba unikon berwarna putih muncul diri dengan gaya paling biasa. tak tahu kenapa tapi hati Raily seperti terpanah dengan kemunculan yang biasa itu. Raily cuba ikut unikon itu dari belakang senyap senyap. cuba untuk tidak terpijak mana mana ranting yang mungkin boleh menyebabkan unikon itu berlari pantas. tapi unikon itu hilang dari pandangan.

Satu hari, Raily ternampak unikon itu sedang bertaut harapan pada tugu berupa gadis cantik yang disangkakan bidadari sebenar. Unikon maju melangkah cuba untuk mencapai tangan bidadari plastik di balik rumpun bungaan ros berduri. Duri itu berlumba-lumba untuk bertegur sapa dengan jasad yang sudah makin hilang arah tuju bertemu bidadari plastik.

Raily juga makin leka dengan sinar yang dipancar unikon yang belum bertemu arah itu. tanpa sedar dia juga sudah berdarah. sakit. dia tak tipu. memang sakit.

January 10, 2012

Temuan Baru

tahu tak?
spekulasi indah hanya akan rabakkan lagi jantung kau yang dah tercalar tu.

Inisiatif

aku cuba bayangkan sedang duduk bersimpuh di tengah padang yang kelilingnya penuh bunga tulip warna warni.
aku cuba.
tapi tak dapat.

December 27, 2011

Raily

setiap hari raily basuh hati dia bersih-bersih supaya tak ada satu pun kotoran yang membiak. kotoran-kotoran tu raily buang dalam lombong belakang rumah. suatu hari, raily terjumpa layang yang cantik tepi jalan. raily bawa pulang dan simpan layang itu atas kotak ais. tiba-tiba raily terasa mahu basuh layang itu bersih-bersih sebab dah terlalu berhabuk. tapi layang tu hanya kertas. kertas nipis yang tak mampu menahan daya tinggi tujahan air. 

raily tak sengaja. sumpah dia tak sengaja.

Aku Tabik

orang yang hatinya kuat.

Hikayat

telah banyak hikayat-hikayat yang didendangkan. tapi dia sedikit pun tak faham. surreal, katanya. apa itu surreal? dia ingin tahu tapi tak pernah tanya. lalu layang yang koyak itu berterusan koyaknya. semakin jauh terbang entah mendarat di mana. pernah sesal? tipu kalau dia kata tak pernah. jika ada mesin masa dah tentu dia pergi rompak jasad dan jantung hikayat itu dan tanam dalam-dalam supaya tak ada seorang pun yang tahu wujudnya hikayat yang seindah itu. 
biar dia seorang saja yang tahu. biar semua orang buntu.

Karam

lepas jumpa kau
aku asyik
cakap itu
cakap ini

tapi sekarang
aku dah makin karam
jadi cakap-cakap aku
bukan hanya pada kau saja

December 26, 2011

Hey Bintang,

aku rindu kamu.