Ia sebuah kisah tragik.
Sebabnya?
Sebabnya hati dia sudah hilang
dan dia tak pasti hilang ke mana.
July 25, 2013
July 24, 2013
Perangkap
Ketebalan naskhah itu
tak mampu ditembusi dengan mata kasar
yang termampu hanyalah
untuk ia diselak satu persatu
agar cerita itu berjalan tanpa henti
dan terus menjunam ke dalam hati
namun spekulasi indah tetap menjalar
ke seluruh pelusuk minda
dan dengan itu
hatinya makin lama
makin beku.
tak mampu ditembusi dengan mata kasar
yang termampu hanyalah
untuk ia diselak satu persatu
agar cerita itu berjalan tanpa henti
dan terus menjunam ke dalam hati
namun spekulasi indah tetap menjalar
ke seluruh pelusuk minda
dan dengan itu
hatinya makin lama
makin beku.
Pasar
Di celah keramaian manusia
sedikit demi sedikit
cahaya kegembiraan muncul
lantas hati makin galak
berdentam dentum
memecah muram
sedikit demi sedikit
cahaya kegembiraan muncul
lantas hati makin galak
berdentam dentum
memecah muram
July 20, 2013
Permanent
Zana memegang berus lukisannya yang dicalit dengan cat warna merah. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki yang berlari pantas lalu melanggar Zana tanpa sengaja. Cat warna merah di berusnya terpercik dan terkena dinding bilik yang tadinya putih bersih. Cuba mengawal kemarahan, Zana melihat label tin cat itu. Tertera perkataan 'Washable' dengan jelas. Kemarahannya tadi terus terbang ke langit.
Dia cuba membersihkan percikan cat itu. Wajah Zana sudah hilang senyum. Kemarahan yang tadinya masih belum lagi terbang melepasi awan-awan tebal meresap kembali ke dalam jiwa Zana. Celaka. Dia dah kena tipu.
Rasional hati
Dia ditinggalkan di tepi jalan lagi. Tapi kali ini lain, kali ini lebih banyak senjata tajam yang menusuk ke dalam tubuhnya. Jadi kali ini sakit yang dia rasa adalah sepuluh kali ganda daripada kesakitan yang terkumpul daripada perang-perang kecil yang dia pernah hadapi dulu.
Ah, persoalannya sekarang, patutkah dia kuatkan diri untuk bangkit dan pergi minum petang ataupun menikmati saat itu dengan menatap bintang-bintang yang berselerakan?
June 18, 2013
Peti rahsia
Raily ada peti simpanan rahsia. Jika dibuka peti rahsia itu, habis terbang berselerakan suara-suara riang dan gula-gula kapas yang sudah disimpan sejak empat tahun lalu. Sebab kalau dibuka, dah tak ada hati yang sanggup mencemar suasana untuk mendengar dan merasa. Bila sampai waktu nanti, dia perlu pilih.
Tapi mungkin waktu itu dia dah tak perlu tepuk dahi dan garu kepala lagi.
Tapi mungkin waktu itu dia dah tak perlu tepuk dahi dan garu kepala lagi.
May 31, 2013
August 1, 2012
Perkhabaran Lama II
Hari itu hari bersejarah, permulaan sebagai manusia bertamadun. Mula masuk bercelaru dengan rasa-rasa aneh. Ini dunia baru. Ini jejak baru. Ini baru mula. Tak seorang pun tahu apa terbentang cerita hidup di hadapan. Setiap satu punya cerita sendiri. Mula masuk, kelas terasa penuh, makin lama ada yang terbang. Hari itu hari Isnin. Seperti kebiasaan kita tahun-tahun lepas, bangun pagi macam pergi sekolah dulu-dulu. Kelas pagi memang menyakitkan mental dan fizikal, tapi itu memang nasib kita, sampai semester lima tetap tersusun kelas-kelas yang menyambut matahari terbit. Kelas BEL jadi permulaan pendaftaran rekod nama dan muka dalam minda masing-masing. Kita memang hidup penuh demokrasi, tiap semester bagi peluang orang lain jadi ketua. Malangnya tak seorang pun mahu ganti jawatan pemegang tabung dana warga B.
English Week jadi tempat kita mula
takluki dunia, dengan sketsa yang kita menang, rasa macam dunia ni kita pegang.
Berbunga hati semua yang rasa. Sketsa dan choral speaking, latihan
melempar suara malam hari memang tak padam dalam jalan menuju jaya. Terasa
macam satu keluarga bahagia yang duduk minum petang tiap malam. Latihan sketsa
dan choral speaking yang kita gigih amalkan setiap hari, ada
masa kita tebalkan muka buat latihan di lereng bukit tepi tasik. Semua mata
yang lalu memandang tapi demi pengakhiran yang penuh jaya, kita cantas semua
rasa segan yang ada. Akhir choral speaking, seorang warga B
diculik. Macam-macam rasa bergelimpangan dalam kotak hati masing-masing. Tapi
tak apa, peristiwa itu pantas menuju normal.
Kalau tengok balik gambar masing-masing masa
semester satu, memang berubah semuanya. Kita pernah buat sesi menangkap gambar
tepi tasik, semua warga B munculkan diri. Memang terasa penuh sebab tak ada
seorang pun yang tertinggal. Lepas tu, kita buat spa kaki buatan sendiri.
Petang tu terasa nyaman dengan cuaca redup dan acara duduk atas jeti mini
sambil rendam kaki dalam air tasik yang tak sejernih mana tu. Acara berbuka
puasa tepi tasik juga pernah diadakan. Sambil menanti waktu buka puasa, kita
pandang jasad-jasad asing yang memenuhi jalan menuju ke pasar malam. Tiba
waktu, kita menjamah makanan masing-masing bersama dan saling menderma makanan
kepada mulut-mulut yang memerlukan. Tak lama lepas tu, lagi peristiwa tak
berapa indah muncul dalam tulisan hidup warga B. Seorang lagi terpaksa terbang
pergi jauh, tinggalkan kita buat sedetik lebih. Tapi tak apa, dia terbang
semula pada kita akhir cerita ini.
Peraturan yang ketat kadang-kadang buat kita
rasa macam mahu nyalakan unggun api dalam jantung masing-masing. Mungkin
selalunya salah kita, berpegang pada janji Melayu, tapi bila dihalang kemasukan
untuk menuntut ilmu pada pagi hari, hati siapa tak membara. Tergamam bila pintu
cuba dibuka tak dapat. Usaha bangun pagi terasa sia-sia. Pada siapa yang tepati
masa memang rasa hati berbunga dapat duduk selesa depan komputer sambil nikmati
angin dingin artificial. Tapi pada yang terkurung jasad di luar
kelas memang terasa seperti mahu serang segala jasad yang berani tentang mata.
Duduk di tangga depan kelas adalah penyelesaian terakhir untuk renungan salah
silap permulaan hari. Tapi semua tu satu pengajaran untuk kita tepati masa,
macam dasar pandang ke Timur, walaupun bukan kenangan paling indah.
Hidup ini banyak halangan yang boleh buat emosi
kita berserabut. Kita buat luahan rasa lepas tuntutan ilmu dah selesai. Kita
kurung diri dari dunia luar seketika untuk menghadiri mesyuarat hati. Banyak
kata berterbangan lalu dilempar pada sasaran. Bertalu-talu kemasukan ayat-ayat
menyayat jiwa dalam kepala masing-masing. Kita meriah berbicara tentang
hati-hati luka. Hari itu langit terang tapi hati mendung mata berkaca. Tapi
seperti selalunya, kita tetap bersama lepas konfrontasi jiwa.
Kertas-kertas nilai yang dikumpul dicadangkan
untuk acara pembakaran besar-besaran tepi pantai. Tegas seorang warga B, sotong
bakar yang dia buat amat enak. Ya. Anda tahu anda siapa. Terasa seperti satu
keluarga besar yang buat rombongan makan-makan. Kereta masing-masing beratur
atas jalan tirus tak beri peluang pada kereta asing buat kemunculan dalam
gambar sempurna kita. Memang enak rasa hati tak tipu bila ramai-ramai pandang
filem alam semulajadi sambil muzik latar bermain lagu ombak. Perut pun rasa
senang hati.
Tak lama lepas tu, dua lagi terbang jauh
tinggalkan sarang lama. Seorang pergi tanpa berita, seorang lain terbang ke
dunia baru, yang lebih selesa untuk didiami lepas konfrontasi hati. Bukannya
selalu hati kita bersatu, tapi tak ada satu pun yang pergi fast track.
Nampak macam setia benar kita bersama, bukan? Hari-hari biasa dalam makmal
sebelum ketibaan pensyarah, kita selalunya menghabiskan waktu mengadap
komputer. Permainan Counter Strike dirai bersama. Rasa seronok
dapat berperang dalam makmal komputer bersama warga B yang lain.
Kegigihan mencari rumah tradisional Melaka di
setiap pelusuk bandar bersejarah itu terserlah demi menghasilkan satu produk
yang boleh buat kita kembang hati akhir semester. Hasil-hasil tangkapan yang
memberangsangkan dipamer penuh bangga pada khalayak ramai dan buat hati kita
berbunga bila nampak orang asing seperti memuji walaupun tak kedengaran apa
yang diperkatakan.
Semester yang dikatakan paling menggegar minda
dan fizikal dapat ditempuh juga dengan penuh jaya. Berikan tepukan pada diri
masing-masing. Ini menunjukkan kita sekuat harimau. Ya, harimau. Mungkin juga
singa. Tak kisahlah apa pun klasifikasi sendiri. Banyak perkara baru yang
dipelajari semester ini. Usaha untuk menjadi seperti pembaca berita
professional terpampang depan pensyarah dan warga B yang lain. Dapat juga
nampak karakter baru masing-masing bila berdepan kamera. Idea-idea liar yang
berguna penat dipunggah untuk berikan hasil terbaik yang nantinya ditonton
bersama warga kelas lain. Di situ daya kreatif imaginasi paling tinggi dipertontonkan
pada khalayak.
Bila sudah menjadi yang paling atas, jarang
sekali kita menatap muka masing-masing. Dulu yang selalunya sanggup berjalan
keluar bersama bawah terik mentari melegakan lapar perut, kini sudah berjalan
mengikut lorong masing-masing. Awal-awal masuk, semuanya gigih berjalan kaki
dari kolej ke kelas bersama-sama. Memang penat tapi dengan kehadiran
rakan-rakan di sisi, rasa penat tak dapat menembusi keriangan jiwa yang dirasa
bersama. Tamat sesi pembelajaran tempat makan kita tuju bersama-sama.
Selepas ini, akan terbang satu demi satu
mengikut jalan yang berlainan, tapi buat masa ini kita menjejak kaki di bumi,
menikmati masa yang mungkin nantinya kita rindu. Walaupun ada beberapa acara
yang tak menggamit rasa, ada yang tertinggal dan ada yang terbang ke sarang
lain dalam perjalanan bertemu cita, kita sudah lalui ini semua bersama. Setiap
lagu akan bertemu pengakhirannya tapi itu bukan alasan untuk kita tidak
menikmati muziknya. Mungkin esok kepada esok tetap berirama sempurna walau tak bertemu
ruang nafas yang serupa.
April 5, 2012
Yang Lain Juga Rasa Yang Sama
yang lain juga punya rasa yang sama
rasa jelak
rasa penat
rasa lelah
tapi, apa yang
boleh buat kau rasa
seperti kau
seorang saja
yang mampu rasa begitu?
sebab yang lain juga rasa yang sama.
Tumpas
kenapa perlu bergantung pada seorang saja?
kenapa tidak kau latih jentera perosak
yang boleh tumpaskan mereka
itu lebih anggun.
kenapa tidak kau latih jentera perosak
yang boleh tumpaskan mereka
itu lebih anggun.
Subscribe to:
Posts (Atom)