September 25, 2009

Kapsul Masa

tiba-tiba teringat tentang kapsul masa kita.
cerita kau sudah nyata di depan mata.
sudah tentu kau akan dengarkan si dia dengan ucapan masa lalu bukan?
aku pula masih terkapai. angin disambut tak dapat. mata masih kabur.
tak sabar pula mahu mendengar kata2 keanakan kita akhir tahun lalu.
apa yang kita capai? sudah digenggamkah? ya. kau sudah. tahniah. anda bahagia. aku juga mahu itu.
tapi aku pasti kata rahsia padanya takkan didengari.
aku sudah beralih arah. mungkin. dua tahun tak dapat aku jawapan itu.
tapi aku tahu. ya aku tahu. aku suka dengan kehadirannya.
kau selalu kata aku tak sedar. mungkin aku tak mahu sedar. maaf.
kita biarkan sahaja cerita itu tanpa konklusi. nanti tibalah ia.

(ehem: dengarkan bersama ya Anis? 3bulan lagi)

No comments: