October 21, 2009

Awan Hitam

awan dah hitam
berat
menanti luahan rintik halus
membasahkan hamparan tanah merah
yang sedang merekah
tumbuhan hijau yang koma
layu menunggu
merenung ke langit
yang makin hilang sinar
penantian itu seksa
kini baru tahu

suria dah bersinar
tapi bukan untuk aku
aku tak kisah
kerana akhirnya
pelangi akan datang

October 20, 2009

Samseng

mula aku tak sedar
perlahan aku angkat kepala
mata disaji dengan nama-nama
kemudian
tergamam di sudut senyap
kamu umumkan
aku
terima kasih
jumpa lepas kelas.
dush.

Kumbang

kaca mata raksasa itu
hampir melenyapkan gelak tawa semalam
sengkangan mata
hampir berkecai
tapi tak mengapa
semuanya dah berakhir
alhamdulillah.

October 11, 2009

Kepada Hati Yang Sedang Bawah

maaf.
aku tak dapat angkat jantung luka kau.
jujur aku akan calarkan lagi
jantung kau yang sedang retak.

Tak Berlagu

terasa seperti ingin mengejar bulan semalam.

tapi bulan sentiasa ada.
di situ.

October 6, 2009

Dari Sudut Senyap

lonjakan anak-anak riang
berteriak mahu mematahkan jeriji halimunan itu
mata meliar
carian belum berakhir
cari lagi.
cari lagi.
sampai dapat.

berita sampai.
teriakan makin serius.
aku kaku.
sakit belakang pula menghantui.

Tentang Seni

aku tak faham.

October 3, 2009

The Missing Star

When I see those words
of mine
wonder where they came from
those were my honest wishes
and it breaks my heart
it breaks my heart

When I see those night lights
they never reminded me of you
but that wind
and that star
the only star I saw
it's gone.