awan dah hitam
berat
menanti luahan rintik halus
membasahkan hamparan tanah merah
yang sedang merekah
tumbuhan hijau yang koma
layu menunggu
merenung ke langit
yang makin hilang sinar
penantian itu seksa
kini baru tahu
suria dah bersinar
tapi bukan untuk aku
aku tak kisah
kerana akhirnya
pelangi akan datang
No comments:
Post a Comment