di lorong catuan manusia
kita melintas mata-mata asing
debaran meluru ke puncak paling tinggi
terkurung jiwa putih
bersama jiwa hitam
tercemar dengan alunan bingit suara
kepadatan jasad terkurung
tumpuan mata pada manusia
di pentas utama
mahu takluki dunia
ruang nafas yang suci
makin tercemar
dengan peluhan dan nafas asing
bertalu membuat gaya kemasukan paling anggun
terperangkap pandangan
tewas bersama angan
butir-butir kata tersingkap
dalam riang gembira
yang ralat
hingga suria mahu menutup tirai
kita tak mahu lepaskan
malam telah tewaskan kita
sesal tak pernah terbit
sedikit pun
tak pernah tercalit
persoalan menjengkelkan
menjadi titik permulaan
satu dunia yang lahir
daripada keinginan
No comments:
Post a Comment