December 27, 2011

Raily

setiap hari raily basuh hati dia bersih-bersih supaya tak ada satu pun kotoran yang membiak. kotoran-kotoran tu raily buang dalam lombong belakang rumah. suatu hari, raily terjumpa layang yang cantik tepi jalan. raily bawa pulang dan simpan layang itu atas kotak ais. tiba-tiba raily terasa mahu basuh layang itu bersih-bersih sebab dah terlalu berhabuk. tapi layang tu hanya kertas. kertas nipis yang tak mampu menahan daya tinggi tujahan air. 

raily tak sengaja. sumpah dia tak sengaja.

Aku Tabik

orang yang hatinya kuat.

Hikayat

telah banyak hikayat-hikayat yang didendangkan. tapi dia sedikit pun tak faham. surreal, katanya. apa itu surreal? dia ingin tahu tapi tak pernah tanya. lalu layang yang koyak itu berterusan koyaknya. semakin jauh terbang entah mendarat di mana. pernah sesal? tipu kalau dia kata tak pernah. jika ada mesin masa dah tentu dia pergi rompak jasad dan jantung hikayat itu dan tanam dalam-dalam supaya tak ada seorang pun yang tahu wujudnya hikayat yang seindah itu. 
biar dia seorang saja yang tahu. biar semua orang buntu.

Karam

lepas jumpa kau
aku asyik
cakap itu
cakap ini

tapi sekarang
aku dah makin karam
jadi cakap-cakap aku
bukan hanya pada kau saja

December 26, 2011

Hey Bintang,

aku rindu kamu.

Pengarca Lampau

aku teringatkan kamu
suatu ketika
kala aku cemarkan telinga
dengan rima cahaya terang
wahai pengarca lampau.

Rama-rama

gadis yang encik kupu-kupu suka
dan kamu suka
juga sahabat kepada
matahari aku.

Cahaya

ya. dia cahaya.
simpanlah dia dalam bekas kaca itu.
supaya terang hari-hari gelap kelak.

Resolusi

aku jumpa jiwa sendiri
dalam kekaburan yang telah bertapak
sejak penindasan menjadi pemerintah minda.

December 25, 2011

Kayangan

Bagai rama-rama liar mencari bunga
Aku berjalan tanpa maya
Dakian bukit lebih menguntungkan
Kurang gunaan tenaga

Angin bertiup ayu
Jangan malu
Temukan diri kau dengan aku
Bertegur sapalah dengan peluhan
yang sedang berlumba
menjejak diri ke tanah

Pemakan Ruang

(9 Oktober 2009)

Hari ini aku dan Diru mencuci pakaian. Aku geram. Tidaklah banyak tetapi. Aku mahu menyental pakaian kotorku. Tetapi dia telah menggunakan kedua-dua tempat mencuci. Satu penuh dengan sabun, satu lagi untuk membilas. Dia mengajak aku untuk mencuci baju bersama. Tapi di situ aku berdiri, seperti tunggul kayu yang terapung di sungai dan sedang bersedia untuk dirabakkan menjadi kepingan kertas-kertas putih yang suci. Bagaimana untuk aku menyertai gerakan pemakan ruang itu? Aku berfikir sendirian. Payah untuk aku mengaut idea itu daripada timbunan fikiran-fikiran sampah dalam lubuk kepalaku ini. Lalu di situ aku berdiri, menelan masa tanpa berbuat apa.