December 25, 2011

Pemakan Ruang

(9 Oktober 2009)

Hari ini aku dan Diru mencuci pakaian. Aku geram. Tidaklah banyak tetapi. Aku mahu menyental pakaian kotorku. Tetapi dia telah menggunakan kedua-dua tempat mencuci. Satu penuh dengan sabun, satu lagi untuk membilas. Dia mengajak aku untuk mencuci baju bersama. Tapi di situ aku berdiri, seperti tunggul kayu yang terapung di sungai dan sedang bersedia untuk dirabakkan menjadi kepingan kertas-kertas putih yang suci. Bagaimana untuk aku menyertai gerakan pemakan ruang itu? Aku berfikir sendirian. Payah untuk aku mengaut idea itu daripada timbunan fikiran-fikiran sampah dalam lubuk kepalaku ini. Lalu di situ aku berdiri, menelan masa tanpa berbuat apa.

No comments: