March 26, 2012

Bukan Penggemar Bingit Malam

malam ini
sunyi ternoda lagi
hati bukan gelap
rasa bukan parah
tapi seperti selalunya
aku mahu sepi
sepi sendiri
aku lebih senang
tanpa gangguan malam
tanpa bingit suara
yang melaung sorakan kosong
tanpa penghujung
dan mencemar indah malam
malam ini aku mahu sendiri
sendiri.
masih sendiri.

No comments: