December 26, 2011

Pengarca Lampau

aku teringatkan kamu
suatu ketika
kala aku cemarkan telinga
dengan rima cahaya terang
wahai pengarca lampau.

Rama-rama

gadis yang encik kupu-kupu suka
dan kamu suka
juga sahabat kepada
matahari aku.

Cahaya

ya. dia cahaya.
simpanlah dia dalam bekas kaca itu.
supaya terang hari-hari gelap kelak.

Resolusi

aku jumpa jiwa sendiri
dalam kekaburan yang telah bertapak
sejak penindasan menjadi pemerintah minda.

December 25, 2011

Kayangan

Bagai rama-rama liar mencari bunga
Aku berjalan tanpa maya
Dakian bukit lebih menguntungkan
Kurang gunaan tenaga

Angin bertiup ayu
Jangan malu
Temukan diri kau dengan aku
Bertegur sapalah dengan peluhan
yang sedang berlumba
menjejak diri ke tanah

Pemakan Ruang

(9 Oktober 2009)

Hari ini aku dan Diru mencuci pakaian. Aku geram. Tidaklah banyak tetapi. Aku mahu menyental pakaian kotorku. Tetapi dia telah menggunakan kedua-dua tempat mencuci. Satu penuh dengan sabun, satu lagi untuk membilas. Dia mengajak aku untuk mencuci baju bersama. Tapi di situ aku berdiri, seperti tunggul kayu yang terapung di sungai dan sedang bersedia untuk dirabakkan menjadi kepingan kertas-kertas putih yang suci. Bagaimana untuk aku menyertai gerakan pemakan ruang itu? Aku berfikir sendirian. Payah untuk aku mengaut idea itu daripada timbunan fikiran-fikiran sampah dalam lubuk kepalaku ini. Lalu di situ aku berdiri, menelan masa tanpa berbuat apa.

January 25, 2010

Bayang

saya perasan awak
keluar perpustakaan
awak perasan saya
saya angkat tangan
awak balas

saya nampak awak
jalan tepi tasik
saya nak panggil
tapi kawan awak
dah panggil dulu

saya pandang awak
dari belakang
awak laju
saya tak mampu
nak kejar

jadi saya duduk sini
diam-diam
tengok awak
dari jauh

dah cukup =)

January 18, 2010

Jigsaw Puzzle Riddle

kenapa begini?
kenapa begitu?

dan aku jawab sendiri
'semua jadi ada sebab'

kemudian
otak main teka-teki
hati bercelaru
dengan angan karut

January 16, 2010

Salam

yang disambut.

aku penat.
nak berfikir lagi.

December 28, 2009

Konklusi Sudah Tiba

takkan jadi.

dan kapsul hampir pecah.