January 22, 2017

Pacing the Cage

I wanna drive straight into the dark
we don't even need to stop for some light
because life's getting darker anyway

i wanna disappear 
and leave everything behind
or maybe just take a break
even just for a little while
it's just too much for me to bear
i'm tired
so tired

so, if I ask you one last time
would you take my hand and run away with me?

Tiger Lily

“How do you feel about me?”

“Why? Will it make any difference?”

Mata bertentang mata, bibir menyanyi lagu sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi malam, malam yang menunggu untuk menjadi lebih kelam dengan meragut keayuan bulan menari.

Malam itu sepertinya lebih kelam daripada malam-malam sebelumnya. Udara padat dalam ruang terhad itu membuatkan Nina rasa sesak dan ingin berlari ke pantai dan terus menuju ke dasar laut, biar dia tenggelam tak timbul lagi.

Tapi nampaknya tiada lautan yang berdekatan dan dia kini sedar yang dia perlu hadapi perang besar ini dengan membuat persiapan paling kemas sebelum melontar peluru paling kebal yang tak mampu ditepis sesiapa pun.

Dia juga perlu membina satu kubu yang sangat sangat kukuh supaya dia dapat menyelamatkan diri dan istananya daripada diculik sekali lagi oleh raksasa bertopengkan anak kucing berwarna jingga.

Dan dia tahu dia akan mengibar kemenangan dan kebebasan ini dengan mengadakan malam tarian berserta majlis makan-makan walaupun dia sedar yang parut-parut di tubuhnya akan jelas terpapar pada khalayak yang tak mengerti apa-apa. Di fikiran mereka hanyalah kebahagiaan yang jalang.

Dunia.

January 20, 2017

Sebab Langit Itu Satu pt.1

Petang itu hujan membasahi bumi. Curahan air langit mewujudkan lopak-lopak air yang tiada penghujung. Kedai buku di pinggir bandar yang selalunya sunyi itu dimeriahkan dengan desakan pencarian tempat berteduh dan juga pengisian masa sementara menunggu hujan reda. Loceng di atas pintu masuk yang menjadi penanda kemasukan jasad, yang selalunya statik itu, hari ini menari keriangan. Senyuman terukir di wajah Ali, pemilik kedai buku itu. Tak pernah dia berasa begitu ramai manusia yang berhimpun di kedai usangnya itu. Loceng berbunyi lagi. Kali ini kelibat yang dinanti sudah munculkan diri. Gadis yang baru melangkah masuk tadi berdiri kaku di hadapan pintu masuk, tak percaya dengan kejadian yang sedang berlaku. Tak pernah ada manusia seramai ini dalam satu masa di situ. Khayal dipatahkan setelah mendapat kesedaran yang dia sedang menghalang kemasukan manusia lain. “Hai Hana”, sapa Ali. “Hai Ali, ada kenduri ke hari ni?”, sindir Hana. Ali gelak kecil dengan usikan Hana. 

Ali masih ingat kali pertama dia berjumpa Hana. Gadis berambut paras bahu itu sedang melihat buku-buku yang dipamerkan di tingkap kaca kedainya. Wajah Hana ketika itu seperti kanak-kanak yang dihulur sebaldi gula-gula kegemarannya. Ali tersenyum, terhibur dengan gelagat Hana. Tak lama selepas itu, Hana hilang dari pandangan. Ali tak nampak kelibat Hana lagi, sehinggalah seminggu selepas itu, Hana menjejak kaki ke kedai bukunya buat kali pertama. Kemudian, berterusan kunjungannya ke situ setiap minggu.

Tidak selesa dengan kehadiran mata-mata asing, Hana beredar ke tempat kegemarannya. Kedai buku itu menjadi tempat persinggahan setiap kali selepas habis kelas. Kalau bukan setiap hari pun, setiap minggu pasti dia akan menjejak kaki ke situ. Hana gemarkan suasana sunyi di kedai itu, tambahan pula dia dikerumuni lautan buku-buku yang sepertinya ada kuasa penenang pada jiwa Hana. 

Hana berdiri di hadapan rak buku sastera. Mata melilau memulakan pencarian buku-buku menarik untuk dijamah. Dia ternampak tindihan buku di bahagian atas rak. Dia cuba untuk menyusun kembali buku-buku itu, tapi belum sempat dia sentuh, ada tangan yang dah mencapai. “Maaf, ini saya punya”, kata lelaki yang punya lesung pipit dalam di pipi kirinya. Hana tergamam, mata tak sanggup berkelip. Mungkin senyuman manis berlesung pipit itu ada kuasa yang boleh mengkakukan badan bila ada yang memandangnya. Hana rasa bunga-bunga, tak tahu kenapa. Dia berdiri kaku, sama seperti waktu dia masuk tadi.

Lelaki itu mencapai tindihan buku-buku itu dan berjalan ke kaunter pembayaran. Dia sepertinya mengejar waktu. Mata Hana mengekori lelaki itu. Sedang menunggu baki dipulangkan, lelaki itu menoleh ke arah Hana. Pandangan Hana yang dari tadi telah dikunci pada lelaki itu, lekas dipatahkan dengan perasaan segan. Hana memandang lelaki itu semula, dan senyuman manis itu muncul lagi, dengan tambahan ucapan, “Jumpa lagi!”.

December 20, 2016

Sparks

It was early September
and I was floating
with sparks under my toes

March 13, 2015

Nota Bahagia

Kau tahu apa itu bahagia?

Bahagia itu apabila kau tertekan dan keluar ke balkoni lalu dihidangkan dengan langit biru berserta crush kau

Itu bahagia.

April 14, 2014

Isnin Biru

pengarca-pengarca lampau sudah maju
maju menuju bahagia
tanpa sedar badan makin rapuh
hati makin kosong
fikiran makin masak
mereka sudah mengawal takhta
takhta yang menjadi pencapaian paling agung dalam hidup
tapi mungkin bukan bagi dia
yang masih mencari jalan pintas
dalam kota yang berselirat dengan angan
dan hanya menunggu untuk asteroid
membuat rekahan paling besar dalam jantung hati dia

July 25, 2013

Aduan

Ia sebuah kisah tragik.

Sebabnya?

Sebabnya hati dia sudah hilang
dan dia tak pasti hilang ke mana.

July 24, 2013

Perangkap

Ketebalan naskhah itu
tak mampu ditembusi dengan mata kasar
yang termampu hanyalah
untuk ia diselak satu persatu
agar cerita itu berjalan tanpa henti
dan terus menjunam ke dalam hati
namun spekulasi indah tetap menjalar
ke seluruh pelusuk minda
dan dengan itu
hatinya makin lama
makin beku.

Pasar

Di celah keramaian manusia
sedikit demi sedikit
cahaya kegembiraan muncul
lantas hati makin galak
berdentam dentum
memecah muram

July 20, 2013

Permanent

Zana memegang berus lukisannya yang dicalit dengan cat warna merah. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki yang berlari pantas lalu melanggar Zana tanpa sengaja. Cat warna merah di berusnya terpercik dan terkena dinding bilik yang tadinya putih bersih. Cuba mengawal kemarahan, Zana melihat label tin cat itu. Tertera perkataan 'Washable' dengan jelas. Kemarahannya tadi terus terbang ke langit. 

Dia cuba membersihkan percikan cat itu. Wajah Zana sudah hilang senyum. Kemarahan yang tadinya masih belum lagi terbang melepasi awan-awan tebal meresap kembali ke dalam jiwa Zana. Celaka. Dia dah kena tipu.