December 28, 2009

Konklusi Sudah Tiba

takkan jadi.

dan kapsul hampir pecah.

November 2, 2009

Tentang Kita

ia bermula di situ
di lorong catuan manusia
kita melintas mata-mata asing
debaran meluru ke puncak paling tinggi

terkurung jiwa putih
bersama jiwa hitam
tercemar dengan alunan bingit suara
kepadatan jasad terkurung

tumpuan mata pada manusia
di pentas utama
mahu takluki dunia

ruang nafas yang suci
makin tercemar
dengan peluhan dan nafas asing
bertalu membuat gaya kemasukan paling anggun

terperangkap pandangan
tewas bersama angan
butir-butir kata tersingkap
dalam riang gembira
yang ralat
hingga suria mahu menutup tirai
kita tak mahu lepaskan
malam telah tewaskan kita

sesal tak pernah terbit
sedikit pun
tak pernah tercalit
persoalan menjengkelkan
menjadi titik permulaan
satu dunia yang lahir
daripada keinginan

November 1, 2009

Cik Moona Merah

rima berima indah
kau dengarkan sayup suara
atas persoalan
kau beri jawab
pada diri yang sedang menunggu
minda yang menanti
hati yang bergelodak
dengan spekulasi indah
walau tak tepat
diterima
walau tak sampai erti
senyum terukir

bertemankan angin malam
cahaya bulan yang dilindung
oleh awan yang cemburu
bersama bintang di samping
kerdil namun masih enak dipandang
mereka sentiasa di situ

mengasing diri dari dunia bingit
terus tenggelam dalam rona-rona cahaya
lampu neon yang terang
dengan angin menghembus dingin
mengucapkan selamat
pada mereka yang lain
yang telah koma dalam angan malam

yang masih dalam kondisi sedar
nikmati saat bersama
nikmat sementara
bersama cik moona merah

October 21, 2009

Awan Hitam

awan dah hitam
berat
menanti luahan rintik halus
membasahkan hamparan tanah merah
yang sedang merekah
tumbuhan hijau yang koma
layu menunggu
merenung ke langit
yang makin hilang sinar
penantian itu seksa
kini baru tahu

suria dah bersinar
tapi bukan untuk aku
aku tak kisah
kerana akhirnya
pelangi akan datang

October 20, 2009

Samseng

mula aku tak sedar
perlahan aku angkat kepala
mata disaji dengan nama-nama
kemudian
tergamam di sudut senyap
kamu umumkan
aku
terima kasih
jumpa lepas kelas.
dush.

Kumbang

kaca mata raksasa itu
hampir melenyapkan gelak tawa semalam
sengkangan mata
hampir berkecai
tapi tak mengapa
semuanya dah berakhir
alhamdulillah.

October 11, 2009

Kepada Hati Yang Sedang Bawah

maaf.
aku tak dapat angkat jantung luka kau.
jujur aku akan calarkan lagi
jantung kau yang sedang retak.

Tak Berlagu

terasa seperti ingin mengejar bulan semalam.

tapi bulan sentiasa ada.
di situ.

October 6, 2009

Dari Sudut Senyap

lonjakan anak-anak riang
berteriak mahu mematahkan jeriji halimunan itu
mata meliar
carian belum berakhir
cari lagi.
cari lagi.
sampai dapat.

berita sampai.
teriakan makin serius.
aku kaku.
sakit belakang pula menghantui.

Tentang Seni

aku tak faham.

October 3, 2009

The Missing Star

When I see those words
of mine
wonder where they came from
those were my honest wishes
and it breaks my heart
it breaks my heart

When I see those night lights
they never reminded me of you
but that wind
and that star
the only star I saw
it's gone.

September 30, 2009

Surat Untuk Bulan

Bulan masih samar
Segan untuk muncul diri agaknya
Bila kau sudah bersinar
Akan aku suruh kamu
Sampaikan salam aku
Pada rakan yang hilang itu
Ya bintang?

Bintang,
kau masih bersembunyi?
Aku mahu kirimkan salam ini
Pada bulan yang masih samar

Kau katakan pada dia
Aku mahu lihat cahayanya.

Malam Tiada Pelangi

Mata dipejam
Semuanya
Aku sendiri
Melayan rima indah
Di corong telinga

Tadi ku cari
Bintang tiada
Langit gelap
Dilitup awan

Masih ada manusia
Yang berirama sendiri
Berbuat apa
Aku tidak tahu

Guruh sudah melabuh bunyi
Kilat telah muncul diri
Menyinar pandangan gelapku
Dari tingkap itu

Angin ribut singgah sudah
Sebentar lagi dengarlah rintik
Aku masih sendiri
Bermadah seorangan

Malam tanpa mimpi
Aku sudah biasa
Mata ini ingin melabuh sayap
Tak mampu pula aku
Bertangguh lagi

Subuh sudah berkumandang
Mentari pagi masih jauh
Malam esok
Mimpi manis,
Singgahkan diri kamu, ya?

September 29, 2009

Gelodak Ke'diam'an

Cerita itu
Tidak kedengaran lagi
Dia itu telah hilang

Aku dengarkan rima itu
Sejuta kali takkan jemu
Kerna dia takkan pernah tahu

.

September 27, 2009

Sudah

Terang lampu
Cahaya suria
Masih tak lelap
Banyak kata
Bermain angan di taman
Belum sampai waktu
untuk pulangkah?
Sudahlah

Kusut jiwa
Jari tak berhenti
Corak kata tersimbah
Atas nota putih
Berjalur
Dengan pena merah
Sudahlah.

Kau Capaikan Bintang Itu Sendiri.

Dia jelak
Dia kabur
Namun pasti
Bintang itu milik kamu

Aku tak mengapa
Dia di sana
Masih bertakhta
Walau yakin samar
Terangnya bintang
di angkasa

September 26, 2009

Derai Malam

Tolong hancurkan
Bebola salji itu

Ia mudah pecah

Jatuhkan saja ia

Tolakkan ia

Dari tempat tinggi

Biar berderai

Dan menutup

Deraian sebelum ini


Sepi, bukan?

Tatkala

di kala ku lihat dia
tersenyum di tengah
kala itu juga mata ditarik
pada dia yang tunduk

hati aku sakit
hati aku jatuh
hati aku inginkan dia.

September 25, 2009

Kapsul Masa

tiba-tiba teringat tentang kapsul masa kita.
cerita kau sudah nyata di depan mata.
sudah tentu kau akan dengarkan si dia dengan ucapan masa lalu bukan?
aku pula masih terkapai. angin disambut tak dapat. mata masih kabur.
tak sabar pula mahu mendengar kata2 keanakan kita akhir tahun lalu.
apa yang kita capai? sudah digenggamkah? ya. kau sudah. tahniah. anda bahagia. aku juga mahu itu.
tapi aku pasti kata rahsia padanya takkan didengari.
aku sudah beralih arah. mungkin. dua tahun tak dapat aku jawapan itu.
tapi aku tahu. ya aku tahu. aku suka dengan kehadirannya.
kau selalu kata aku tak sedar. mungkin aku tak mahu sedar. maaf.
kita biarkan sahaja cerita itu tanpa konklusi. nanti tibalah ia.

(ehem: dengarkan bersama ya Anis? 3bulan lagi)

September 24, 2009

Bukan Aku

jangan pernah kau kata
dia pergi
dia tinggal
dia di sebelah kamu
tersusun kata
tercalit rupa
indah tak pernah singgah
mukasurat anganku
indah itu kamu
aku hanya layang hitam
di langit malam
terus hanyut
tak mengerti
sekian rasa dibiar sepi

Tangga Neon

lelah
saat terlihat
intipan mata kamu
pada sang puteri

terlintas fikir
aku tak mungkin menjadi
walau sekeping foto
di dalam album itu

mata tidak lagi terpanah
duka makin bertakhta
serpihan hati
berterbangan di angin malam

arah masih tercari
tuju ke manakah ia?

mungkinkah akan mendarat
di suatu tempat
yang mampu menahan ia
daripada terbang kembali?

September 11, 2009

Now & Then

I was head over heels
on a sudden confrontation
the star was just a blink
seen from far away

the smile he shines
has taken me to the space
where nothing can be predicted
where everything seems so dim

Standing Still

everything happens for a reason
why can't I stand by the words right now?
for my whole eighteen years have been absorbed
deeply into the magical saying
but it is just human nature
for this consciousness to be felt